Minggu, 19 Juni 2011

Katakan TIDAK untuk PUTUS ASA


Kegagalan seakan satu perkara yang telah bersahabat dengan kehidupan setiap insan.

Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.

Pasti akan disusuli dengan kekecewaan

Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.

Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.

Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.

Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.

Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?

Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.

Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.

Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.

Pernahkah anda mengalami rasa putus asa?

Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.

Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.

Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini.

Lawan Perasaan Putus Asa

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus asa yang datang.

Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sadari, putus asa ialah puncak kepada kegagalan.

Bukan kegagalan puncak kepada timbul rasa putus asa.

Kesilapan sering terjadi di situ.

Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.

Karena, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.

Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.

Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.

Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.

Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyadarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.

Seharusnya kita mengetahui arti putus asa.

Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada berbagai sikap negatif lain.

Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul karena putus asa.

Semuanya bermula daripada putus asa.

Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri karena akan membawa kepada sikap negatif yang lain.

Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Obrolan

Ads Banner

Followers

Catatan Tarbiyah Copyright © 2009 Daya Mandiri Designed by Rizky Priyatna